Saturday, January 5, 2008

tujuan makalah

Bismillah wa shukrillah.
Allah mentaqdirkan saya hidup di zaman ini. Zaman di mana Islam telah berkembang hingga ke Nusantara, tempat saya dilahirkan. Ketika ibu bapa saya telah menganut Islam dan saya berpeluang mendapatkan pendidikan dari keluarga dan sistem pendidikan negara yang telah menyediakan pendidikan Islam. Alhamdulillah.
Insya Allah saya akan menulis untuk merakamkan buah fikiran saya dengan tujuan mengingati diri sendiri dan juga mudah mudahan memberi munafaat jua kepada sesiapa yang membacanya. Kalau ada kebenarannya maka itu adalah ilham murni dari Allah dan juka tersilap mudahan dapat ditegur dan mudahan dimaafkan Allah.

Bukan saya hendak membuang masa saya, tambahan lagi untuk membuang masa pembaca. Ini kerana saya faham bahawa masa itu amat berharga dan tidak akan dapat diulangi lagi. Allah berfirman dalam surah wal asri, bermaksud bahawa"Demi masa, manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman, dan beramal soleh, serta saling membetulkan pada jalan kebenaran dan saling sabar menyabar antara satu sama lainnya"

Allah meletakkan asas nilai dan kriteria kepada manusia yang tidak merugi atau sebaliknya yang akan memperoleh keuntunan, iaitu empat sifat atau kriteria. Kriteria pertama adalah beriman dengan sempurna. Keimanan yang dilandasi dengan ilmu yang benar adalah datangnya dari Allah jua melalui lidah RasulNya. Iman ini membawa kepada pemahaman tentang hakikat diri dan kejadian alam ini, iaiatu sesungguhnya Allah lah yang menjadikan semua alam ini dan yang berhak untuk di agung dan di sembah. Semua pengajaran yang datang dari Allah dalam bentuk wahyu diturunkan oleh Allah melalui MalaikatNya yang bernama Jibril kepada nabi dan rasulnya yang amat ramai dari Adam a.s hinggalah kepada rasul akhirNya Muhammad s.a.w. Intipati pengajarannya adalah tentang kekuasaan Allah dalam menentukan segala-galanya termasuk nasib manusia itu sendiri, buruk atau baiknya dan tentang kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Setelah iman itu difahami dengan baik maka keimanan itu sebenarnya perli dizahirkan dalam bentuk amalan. Allah akan menguji manusia untuk mengetahui dan mebahagikan peringkat dan darjat keimanannya di sisi Allah. Lantaran itulah ada gulungan yang dipanggil mushrik atau yang menyekutukan Allah, ada gulungan kafir atau yang ingkar akan perintah Allah, ada gulungan yang munafiq atau yang berpura-pura beriman, dan ada gulungan fasiq atau yang derhaka kepada Allah. Ada pula gulungan muslim dan mukmin dengan berbagai-bagai panggilan yang merujuk kepada amalan dan peringkat keimanannya.

Orang yang beramal soleh perlu berlandaskan keimanan yang benar dan melalukannya hanya kerana mencari ketaatan dan keredhaan Allah. Amal yang soleh ini juga dipanggil maaruf atau yang termaklum. Memang jika manusia menggunakan suara hati nurani yang suci dengan akal yang waras akan menemui amalan apa yang dipanggil sebagai perbuatan yang bhaik dan berbudi. Begitu kita dapat melihat perbuatan yang hampir sama dilakukan oleh orang yang beriman dan yang tidak beriman, namun disisi Allah akan memberi pahala dan ganjaran baik di akhirat kelak hanya kepada orang yang beriman sahaja sementara yang tiudak beriman tidak akan dibalas . Ini bukan bermakna Allah itu zolim tetapi kerana asas iman tidak ada padanya seumpama bekas cawan tidak ada untuk mengisi air . Umpamanya kita dapati gulungan kafir dan mushrik yang kaya telah menyumbang harta meraka pada jalan kebajikan membantu gulungan yang memerlukandan amalan mereka ini tidak dibalas dengan pahala oleh Allah dan tidak diberi ganjaran di akhirat kelak.

Kerugian yang dimaksudkan di dalam surah ini tidak terbatas tempoh atau masa nya. Ia adalah merangkumi kerugian di dunia dan akhirat Allah meletakkan bahawa amalan tegur menegur adalah satu kaedah mengelakkan kerugian. Matlamat amalan ini adalah untuk mencapai atau menemui sesuatu yang hak dan benar.

2 comments:

isemaail said...

watawa sau bil haq watawasau bissabr.
Kebenaran dan sabar mempunyai hubungan yg rapat. Kedua kaedah ini telah disebut Allah dalam surah wal'asri. Kebenaran itu perlu dikenalpasti melalui ilmu, melalui kajian dan perlu ada perbincangan dua hala, antara guru dengan murid, antara pensyarah dengan pendengar, antara pemerintah dengan rakyat. Proses dua hala ini matlamatnya adalah untuk mencari kebenaran, bukan kemenangan atau populariti dan sebagainya.
Apabila telah ditemuai satu kebenaran itu maka ia perlu ditegakkan, perlu dilaksanakan dan -perlu diperjuangkan.
Dalam mengamalkan dan menghayati kebenaran ini kita perlu mempunyai sifat sabar. Ini kerana kadang kadang berbagai ujian akan datang termasuklah karenah orang, reaksi negetif, halangan dan penentangan. Hanya dengan sabar sahaja kita dabat menghayati kebenaran dan memperjuangkan kebenaran.
Kebenaran, atau alhaq ini datangnya dari Allah. Ia adalah saripati ajaran agama Islam sendiri dalam semua aspek dan bidang. Kebenaran ini ada dalam aspek ibadat, iaitu bagaimanakan cara beribadat yang sebenarnya. Ia ada dalam muamalat atau syariat yang memberi panduan tentang urusan sesama manusia seperti urusan keluarga, urusan perniagaan, urusan pentadbiran . Ia ada dalam urusan tadbir masyarakat dan negara terutama dalam soal hukum hakam, pengadilan dan hubungan antarabangsa. Semua ini perlu ditegakkan dengan kesabaran.

prihatin said...

assalamualaikum
Kita mahu dan berharap agar kita termasuk dalam gulungan yang selamat dan beruntung di dunia dan di akhirat. Ini kerana kita beriman dengan adanya hari akhirat, bukan dari gulungan yang percaya bahawa kehidupan hanya di dunia ini semata dan hanya masa yang memusnahkan manusia dan selepas tamat segala galanya.
Asas keimanan kepada alam akhirat ini adalah sesuatu yang ghaib yang mesti dipelajari dari rasul yang menerima wahyu yang benar dari Allah melalui perantaraan malaikat Jibril.
Maka kita telah diberitahu bahawa hakikat kehidupan didunia dan akhirat secara yang betul dan benar dari Allah.
Bahawa hidup didunia ini sangat singkat dan sementara berbanding dengan akhirat yang kekal selamanya. Bahawa kehidupan dunia hanyalah tempat menerima ujian dari Allah . Ujian sama ada kita mahu beriman atau tidak. Ujian samaada iman kita betul dan jati atau hanya saduran, bayang bayang, pura pura.
Ujian samaada kita betul betul cinta dan taat pada Allah. Ujian samaada kita betul betul cinta dan mengikuti sunnah nabi Muhammad saw.
Ujian samaada kita betul betul yakin kepada kebijaksanaan dan kesempurnaan sifat Allah, dengan menerima dan beramal dengan syariatNya.
Ujian samaada kita bersabar dengan segala kesusahan yang ditimpa dan berdoa munajat hanya pada Nya tanpa shirik. Ujian samaada kita mengenali nikmatNya dan mengguna sebaiknya dan bersyukur kepadanya.
Hidup adalah masa ujian untuk Allah mengetahui siapa yang paling baik amalannya, supaya kita membukti siapa kita sebenarnya dihadapan Allah dengan makna beramal secara betul mengikut rasulNya dan dengan ikhlas mengharapkan wajahNya, ganjaran dariNya nanti.Wallahu'alam.