Tuesday, February 24, 2009

Kebenaran

Assalamualaikum
Kebenaran tu apa. Alhaq.Tuhan kata alhaq tu darinya.
Allah lah yg sememangnya layak menentukan alhaq, atau kebenaran. Dia lebeh tahu mana yg haq dan yg batil atau palsu dan salah.

Habis manusia bagaimana nak tahu alhaq.
Tentulah dengan bertanya kepada Allah.
Bagaimana caranya.
Ada orang melalui doa, ada tafakkur, ada fikir dan merenung, ada yg buat kajian perbandingan, dan yg merantau dan bertanya orang lain dan macam2 cara lagi.
Habis macamana nak tahu yg mana satu yg haq dan yg bukan.

Ini perkara yg penting.Kita perlu mengetahui piawai kebenaran tu sendiri.Masaalahnya piawai sapa yg nak di gunapakai atau di rujuk. Apakah piawai kita sendiri, atau piawai yg telah disepakati orang lain, atau ada sumberujuk yg lain.

Saya sebagai seorang muslim, yakin piawai ini telah ditetap oleh Allah. Piawai yg dia tetapkan tu telah diberitahunya melalui wahyunya, melalui malaikat dan kepada rasullnya Muhammad saw.
Kalau kita percaya dan yakin, cari dan kajilah, bacalah wahyu yg telah dibukukan dengan ulasan para ulamak, Carilah apa ulasan Rasulnya, yg juga telah dibuku oleh perawi dengan cara yg bersusah payah setelah menapis dan mempastikan itu betul2 dari nabi.

Ini lah yg haq, yg benar. Jika kita telah tahu maka senanglah untuk menilai pandangan, ilham dan teori yg kita temui sama ada dari buku, ceramah dan lain media. Bahkan jika ilham yg datang pada kita tu selari , selaras dan tidak bertentangan dengan haq itu maka ia adalah satu ulasan, petunjuk dan fahaman yg benar.

Ini kerana kita tidak pasti apakah ilham itu sendiri dari Allah, atau bisikan syaitan.
Kerana itu lah kita perlu punyai iman, kepercayaan. Kita kena percaya dulu apa yg basik, yg kadang2 tak dapat nak difikir secara lojik.
Kena percaya dulu tentang Allah. Allah pencipta, pengatur, pemberi petunjuk, penentu program hayat kita. Kena percaya dulu adanya makhluk yang tak nampak seperti malaikat, iblis syaitan, jin, dan cakrawala lainnya yg tak dapat dilihat dengan mata kasar.

Lepas tu kena percaya bahawa Muhammad tu adalah rasulullah, pesuruhnya yg menerima wahyu darinya. Rasul tu mengamalkan apa yg di perintahnya suruhan dan tegahan. Rasul tu ajak pula orang lain ikut nya melalui ketaatan kepada cadangan, perintah dan panduan yg diberikan. Apa yg rasul kata dan tunjukkan itu memang dari Allah, dan Allah redha pada nya. Allah jamin kalau na selamat dunia akhirat kena ikut rasulnya.

Sekali lagi kena percaya pada yg ghaib, iaitu ada kehidupan akhirat.Ada hidup kali kedua yg tidak akan mati lagi. Ada tempat baru, suasana baru, fizikal baru, yg akan dialami oleh setiap individu kita.

Yg unik dari kita ini adalah roh, satu entiti ghaib yg Allah telah jadikan .Kita tetap kita, kita tak akan jadi orang lain atau berkongsi pin atau entiti dengan orang lain. Kita ada akaun sendiri, ada kitab sendiri, yg tidak akan tertukar atau bercampur dengan rekod orang lain.

Maka jika punyai kepercayaan demikian, jadi mudah. Yakin saja alhaq atau kebenaran itu datangnya dari Allah. Ini kerana kita yakin Allah yg tahu apa yg dia buat, apa yg dia rancang dan apa yg akan dia laksanakan.Serah saja pada nya tentang ketentuan alhaq. Yg patut kita buat ada lah memahami alhaq tersebut.

Allah it haq; pasti ada dengan kesempurnaannya.
Wahyu Allah itu haq; alquran itu haq, pasti benar jangan ragu2, rujuk dan gunapakai saja.
Janji Allah itu haq; dia janji akan beri pengampunan kepada hambanya yg mukmin, yg berusaha sebaik mungkin untuk taat kepadanya, dia akan beri kebahgiaan di dunia dan akhirat.
Pertemuan dengan Allah itu haq; lepas mati nanti kita dihidupkan semula dan akan mengadap Allah dengan membawa rekod amalan semasa di dunia untuk menerima pembalasan baik maupun buruk, bahagia maupun sengsara.
Jannah, syurga dengan segala kenikmatan yg tidak dapat dibayangkan adalah haq, benar dan pasti
Jahannam, dengan segala siksaan, pembakaran dan perebusan hamba yg mensyirikkannya, yg ingkar padanya adalah haq, benar dan pasti ada.
Nabi, rasul2 dengan Muhammad sebagai rasul terakhir untuk manusia adalah haq, benar bukan palsu .

Ini lah asas kepada kebenaran. Jika kita percaya dan berpegang dengannya pasti kita selamat, Alhamdulillah syukur dengan hidayat petunjuk yg hak yg telah Allah sampaikan pada kita. Kita perlu faham, dengan ilmu. Kita perlu amal dengan ilmu yg benar ini. Kita perlu amal dengan serious, ikhlas, Kita serahkan dan berdoa mudahan Allah terima amalan kita , selamatkan kita dunia dan akhirat. Allah mahatahu. salam