Saturday, January 5, 2008

tujuan makalah

Bismillah wa shukrillah.
Allah mentaqdirkan saya hidup di zaman ini. Zaman di mana Islam telah berkembang hingga ke Nusantara, tempat saya dilahirkan. Ketika ibu bapa saya telah menganut Islam dan saya berpeluang mendapatkan pendidikan dari keluarga dan sistem pendidikan negara yang telah menyediakan pendidikan Islam. Alhamdulillah.
Insya Allah saya akan menulis untuk merakamkan buah fikiran saya dengan tujuan mengingati diri sendiri dan juga mudah mudahan memberi munafaat jua kepada sesiapa yang membacanya. Kalau ada kebenarannya maka itu adalah ilham murni dari Allah dan juka tersilap mudahan dapat ditegur dan mudahan dimaafkan Allah.

Bukan saya hendak membuang masa saya, tambahan lagi untuk membuang masa pembaca. Ini kerana saya faham bahawa masa itu amat berharga dan tidak akan dapat diulangi lagi. Allah berfirman dalam surah wal asri, bermaksud bahawa"Demi masa, manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman, dan beramal soleh, serta saling membetulkan pada jalan kebenaran dan saling sabar menyabar antara satu sama lainnya"

Allah meletakkan asas nilai dan kriteria kepada manusia yang tidak merugi atau sebaliknya yang akan memperoleh keuntunan, iaitu empat sifat atau kriteria. Kriteria pertama adalah beriman dengan sempurna. Keimanan yang dilandasi dengan ilmu yang benar adalah datangnya dari Allah jua melalui lidah RasulNya. Iman ini membawa kepada pemahaman tentang hakikat diri dan kejadian alam ini, iaiatu sesungguhnya Allah lah yang menjadikan semua alam ini dan yang berhak untuk di agung dan di sembah. Semua pengajaran yang datang dari Allah dalam bentuk wahyu diturunkan oleh Allah melalui MalaikatNya yang bernama Jibril kepada nabi dan rasulnya yang amat ramai dari Adam a.s hinggalah kepada rasul akhirNya Muhammad s.a.w. Intipati pengajarannya adalah tentang kekuasaan Allah dalam menentukan segala-galanya termasuk nasib manusia itu sendiri, buruk atau baiknya dan tentang kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Setelah iman itu difahami dengan baik maka keimanan itu sebenarnya perli dizahirkan dalam bentuk amalan. Allah akan menguji manusia untuk mengetahui dan mebahagikan peringkat dan darjat keimanannya di sisi Allah. Lantaran itulah ada gulungan yang dipanggil mushrik atau yang menyekutukan Allah, ada gulungan kafir atau yang ingkar akan perintah Allah, ada gulungan yang munafiq atau yang berpura-pura beriman, dan ada gulungan fasiq atau yang derhaka kepada Allah. Ada pula gulungan muslim dan mukmin dengan berbagai-bagai panggilan yang merujuk kepada amalan dan peringkat keimanannya.

Orang yang beramal soleh perlu berlandaskan keimanan yang benar dan melalukannya hanya kerana mencari ketaatan dan keredhaan Allah. Amal yang soleh ini juga dipanggil maaruf atau yang termaklum. Memang jika manusia menggunakan suara hati nurani yang suci dengan akal yang waras akan menemui amalan apa yang dipanggil sebagai perbuatan yang bhaik dan berbudi. Begitu kita dapat melihat perbuatan yang hampir sama dilakukan oleh orang yang beriman dan yang tidak beriman, namun disisi Allah akan memberi pahala dan ganjaran baik di akhirat kelak hanya kepada orang yang beriman sahaja sementara yang tiudak beriman tidak akan dibalas . Ini bukan bermakna Allah itu zolim tetapi kerana asas iman tidak ada padanya seumpama bekas cawan tidak ada untuk mengisi air . Umpamanya kita dapati gulungan kafir dan mushrik yang kaya telah menyumbang harta meraka pada jalan kebajikan membantu gulungan yang memerlukandan amalan mereka ini tidak dibalas dengan pahala oleh Allah dan tidak diberi ganjaran di akhirat kelak.

Kerugian yang dimaksudkan di dalam surah ini tidak terbatas tempoh atau masa nya. Ia adalah merangkumi kerugian di dunia dan akhirat Allah meletakkan bahawa amalan tegur menegur adalah satu kaedah mengelakkan kerugian. Matlamat amalan ini adalah untuk mencapai atau menemui sesuatu yang hak dan benar.