Wednesday, May 19, 2010

pejuang kebenaran

Alhaq adalah kebenaran. Satu hakikat kebenaran itu datangnya dari Allah. Allah juga disebut Alhaq. Kebenaran dalam berugama dan berakidah adalah dari Allah yang disampaikan melalui rasul rasulNya. Nabi Muhammad adalah rasul terakhir yang diutuskan Allah kepada manusia. Syariat yang dibawanya adalah dari Allah SWT merupakan yang telah sempurna, lengkap dan terkini.
Ulamak telah menulis ilmu syariat ini dalam berbagai cara dan bidang umpamanya ilmu akidah, fikah dan lain lain. Tidak lain matlamat mereka ada untuk menurunkan kefahaman mereka tentang kebenaran agama yang di sampaikan oleh rasulullah SAW.
Syariat yang lengkap dan sempurna ini tentunya mengenai panduan untuk hidup selamat di dunia dan akhirat. Selamat di dunia sebagai kehidupan individu maupun dalam masyarakat dan negara. Yang lebih diutamakan adalah keselamatan dan kebahagian di akhirat kelak. Ini kerana kehidupan akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi buat selama lamanya selagi dikehendaki Allah.
Satu cara hidup atau deen itu perlu dikenali melalui ilmu. Ia perlu diamalkan dan perlu dilanjutkan atau diteruskan kepada jenerasi akan datang. Oleh itu ia perlu disimpan secara dokumen yang selamat untuk terus dibaca , difahami dan dihayati oleh jenerasi kemudian.
Bukan sahaja ia perlu dibukukan tetapi ia perlu di dakwahkan. Ini lah yang memerlukan satu team, atau kumpulan pewaris ilmu dan perjuangan . Di sinilah perlunya harakah atau kumpulan tertentu untuk mempastikan syariat itu berterusan diamalkan dalam bentuknya yang asli, yang genuin, yang diamalkan olah generasi nabi dan sahabat.

Mereka yang mengamalkannya, yang menyampaikannya dan yang memperjuangkannya ini lah jenerasi yang berjaya, yang mendapat perlindungan Allah di akhirat kelak. Sudah tentu cara paling berkesan bagi meneruskan kebenaran dan warisan syariat ini adalah melalui satu kerajaan yang teguh yang mengawasi tradiri warisan ini dalam sistem pemerintahan, pelaksanaan hukum hakam dan keadilan dan yang mampu mempertahankannya dari segi kekuatan fizikal dan pentadbiran dari sebarang ancaman dari musuh musuh Islam, sama ada dari orang kafir, munafiq , fasiq dan sebagainya.

1 comment:

prihatin said...

salam
Kita berdoa 'Ya Allah tunjukkanlah kebenaran alhaq dan bantulah kami mengikutinya dan tunjukkanlah kebatilan dan bantulah kami menjauhinya'
Segala yang datang dari Allah adalah kebenaran dan haq, maka janganlah kita merasa ragu lagi. Segala yang datang melalui rasulnya Muhammad saw adalah kebenaran alhaq maka janganlah kita ragu lagi. Yang patut kita pastikan hanyalah yang sampai kepada kita itu adalah yang soheh bukan yang palsu atau direkacipta.
Semua ini dapat dilakukan melalui ilmu, ilmu yang benar juga supaya kita mengenalpasti kebenaran tersebut dan beramal dengannya. wallahu'alam.